Thursday, June 3, 2010

Kuliah Dhuha Ustaz Johari Abdul Rahman

Ini adalah percubaan pertama saya untuk meng'host'kan audio.



Insyaallah selepas ini lebih banyak lagi akan menyusul.

Thursday, April 23, 2009

Godaan Syaitan Keatas Manusia

Syaitan menggoda manusia melalui pelbagai cara. Antaranya:-

  • Menghalang manusia dari ilmu dan juga Majlis – majlis Ilmu
  • Membangkitkan perasaan marah
    • Terdapat 2 jenis marah
      • Marah yang Haram hukumnya seperti berasa marah terhadap seseorang.


         

        Hadith daripada Abu Hurairah R.A. – Rasulullah bersabda, "Jangan marah, jangan marah, jangan marah" (sambil mengkat jari telunjuk lalu meletakkan tangannya keatas bahu kanan Abu Hurairah). [Riwayat Al-Bukhari]


         

      • Marah yang diharuskan oleh syara' seperti berasa marah atas perkara – perkara dengan syariat Allah dan Nabi SAW.


         

        Hadith daripada 'Aishah R.A. : Katanya, "Suatu hari, Rasulullah SAW telah datang ke rumah saya. Tatkala memasuki pintu rumah, Baginda ternampak lukisan berupa gambar burung kakak tua pada langsir rumah saya. Baginda menjadi sangat marah sehingga mukanya merah. Dengan segera Rasulullah SAW telah menurunkan langsir tersebut. Sabda Baginda: "Disisi Allah SWT tiada orang yang menerima balasan yang lebih berat melainkan orang – orang yang membuat gambar lukisan."" [Riwayat Bukhari dan Muslim]


         

        • Nabi berasa marah kerana gambar lukisan pada langsir rumah 'Aishah bercanggah dengan konsep Tauhid Rububiyyah.


           

    • Tanda – tanda orang yang marah
      • Pada diri orang yang marah
        • Warna muka berubah
        • Mengalihkan pandangan dari orang yang dimarahi
        • Melakukan perbuatan yang tak biasa dibuat olehnya
        • Percakapannnya bernada marah
        • Hidung kembang kempis
      • Dari mulut orang yang marah
        • Bercakap memaki – hamun
        • Bercakap kotor
      • Dari tangan orang yang marah
        • Pukul atau tumbuk orang /benda lain
        • Mencekik orang yang dimarahi
        • Mengoyakkan baju (sendiri atau orang yang dimarahi)
        • Menyebabkan kecederaan serius
        • Membunuh
      • Dari hati orang yang marah
        • Timbul perasaan dengki
        • Dendam
        • Memusuhi orang lain
        • Berasa gembira bila musuhnya ditimpa musibah
        • Berniat untuk membuka rahsia musuhnya
        • Memandang hina kepada orang lain
        • Berniat membalas dendam
        • Membuat aniaya


           

  • Membuatkan Manusia Cinta Dunia
    • Syaitan akan mengindahkan dan membuatkan dunia kelihatan seronok supaya hati manusia tertarik kepada dunia
    • Kesan tarikan kepada keindahan Dunia:-
      • Manusia menjadi sangat sayangkan dunia, harta benda dunia dan juga keindahannya.
      • Jiwa manusia menjadi tenang dengan dunia dan harta bendanya
      • Hati manusia akan melekat pada dunia ibarat gula-gula getah yang melekat pada kasut.
      • Syaitan mengindahkan pemandangan yang mengghairahkan yang membawa kepada maksiat seperti pertunjukan Fesyen dan Ratu cantik
      • Manusia akan berlumba-lumba untuk mendapatkan keindahan dunia sehingga sanggup merisikokan nyawa sendiri dan orang lain.
      • Manusia menjadi leka dengan keindahan dunia sehingga melupakan akhirat.
        • Manusia sanggup meninggalkan amal ibadat kepada Allah semata mata keranaberasa seronok dengan maksiat.
        • Manusia merasakan perbuatan maksiatnya sesuatu yang tidak salah dari segi syarak kerana ramainya orang yang menyukai perbuatannya itu.
        • Contoh – beberapa orang artis yang berlatarbelakangkan ketaatan kepada Allah namun mencampur adukkan amal ibadat dengan maksiat kerana tidak berasa perbuatannya itu salah dari segi syara'
      • Orang berilmu akan menyorokkan sebahagian dari ilmunya.
        • Contoh – pembuangan bab – bab jihad dalam syllabus sekolah – sekolah agama.
      • Orang yang berkuasa akan mengeluarkan fatwa in favor of the ruler.
        • Meletakkan ketaatan kepada Raja lebih tinggi daripada ketaatan kepada Allah
      • Manusia akan berhasad dengki kerana dunia.


       

      Ayat rujukan

      • Surah Al-Hijr – Ayat 39
      • Surah Saba – Ayat 20
      • Surah Faathir – Ayat 8
      • Surah Al-Hadid – Ayat 20
      • Surah At-Takaathur

Bab Solat

Muqaddimah kepada Bab Solat

Perkara – perkara yang akan dibincangkan dalam bab Solat ini adalah:-

  1. Sejarah Solat
  2. Pengertian Solat
  3. Fadhilat – fadhilat Solat
  4. Hakikat Solat
  5. Syariat Solat
  6. Hikmah Pensyariatan Solat
  7. Waktu – waktu Solat
  8. Bilangan Waktu Solat
  9. Syarat Wajib Solat
  10. Perkara Rukun Dalam Solat
  11. Perkara Wajib Dalam Solat
  12. Perkara Sunat Dalam Solat
  13. Adab – adab Solat Fardhu
  14. Kaifiat / Cara Beradab Dalam Solat Fardhu
  15. Bacaan – bacaan Dalam Solat
  16. Perkara – perkara yang Merosakkan Solat
  17. Perkara – perkara yang Tidak Merosakkan Solat
  18. Perkara – Perkara Makruh Dalam Solat
  19. Perkara – Perkara yang Membatalkan Solat
  20. Hukum "Sutrah" (Sempadan) Solat
  21. Hukum Solat Berjemaah
  22. Hukum Manjadi Imam Solat Fardhu
  23. Sifat – sifat Solat / Cara- cara Solat
  24. Hukum Masbuk Dengan Imam
  25. Hukum – Hukum Qada' Solat Fardhu
  26. Hukum Sujud Sahwi
  27. Hukum Sujud Tilawah
  28. Cara Sujud Tilawah
  29. Bacaan Dalam Sujud Tilawah
  30. Hukum Sujud Syukur
  31. Cara Sujud Syukur
  32. Bacaan Dalam Sujud Syukur
  33. Hukum Syak Dalam Solat
  34. Hukum Meninggalkan Solat
  35. Zikir – zikir dan Doa Selepas Solat Fardhu

Insyaallah beberapa subtopic akan dibincangkan setiap minggu mengikut kesempatan.


 

Terdapat sejumlah 76 ayat yang merangkumi 33 buah surah di dalam Al-Quran yang menyentuh tentang Solat.

Checklist ayat Al-Quran tentang Solat:-

  • Surah Al-Baqarah
    • Ayat 3, 43, 45, 85, 110, 125, 157, 177, 238 dan 277
  • Surah Ali Imran
    • Ayat 39
  • Surah An-Nisa
    • Ayat 43, 77, 101, 103, 142 dan 162
  • Surah Al-Maidah
    • Ayat 6, 12, 55, 58, 91 dan 106
  • Surah Al-An'am
    • Ayat 72, 92 dan 162
  • Surah Al-A'raf
    • Ayat 170
  • Surah Al-Anfaal
    • Ayat 3 dan 35
  • Surah At-Taubah
    • Ayat 5, 11, 18, 54 dan 71
  • Surah Yunus
    • Ayat 87
  • Surah Hud
    • Ayat 78 dan 114
  • Surah Ar-Ra'ad
    • Ayat 22
  • Surah Ibrahim
    • Ayat 31, 37 dan 40
  • Surah Al-Isra'
    • Ayat 78 dan 110
  • Surah Maryam
    • Ayat 55 dan 59
  • Surah Taha
    • Ayat 14 dan 132
  • Surah Al-Anbiya'
    • Ayat 73
  • Surah Al-Haj
    • 35, 40, 41 dan 78
  • Surah Al-Mukminun
    • Ayat 2 dan 9
  • Surah An-Nuur
    • Ayat 37, 41, 56 dan 58
  • Surah An-Naml
    • Ayat 3
  • Surah Al-Ankabuut
    • Ayat 45
  • Surah Ar-Ruum
    • Ayat 31
  • Surah Luqman
    • Ayat 17
  • Surah Al-Ahzab
    • Ayat 33
  • Surah Faathir
    • Ayat 18 dan 29
  • Surah As-Syuura
    • Ayat 38
  • Surah Al-Mujadalah
    • Ayat 13
  • Surah Al-Jumu'ah
    • Ayat 9 dan 10
  • Surah Al-Maarij
    • Ayat 22, 23 dan 43
  • Surah Al Muzammil
    • Ayat 20
  • Surah Al-Muddatsir
    • Ayat 43
  • Surah Al-Bayyinah
    • Ayat 5
  • Surah Al-Ma'un
    • Ayat 5

Wednesday, September 17, 2008

Tafsir Surah Ad-Dhuha

Surah ini merupakan surah makkiyah. Turun ketika Nabi SAW sedang bersendirian. Surah ini turun setelah berlaku suatu tempoh masa tiadanya wahyu baru yang turun kepada baginda sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penduduk di Kota Makkah.





Hadith daripada Jundub RA, ia berkata, bahawasanya Rasulullah SAW telah tidak bangun untuk berqiyamullail selama 1 atau 2 malam. Kemudian telah datang kepada baginda seorang wanita seraya bertanya, "Bagaimanakah syaitanmu wahai Rasulullah?" Nabi SAW diam. Setelah itu Allah telah menurunkan surah Ad-Dhuha sebagai jawapan kepada wanita tersebut. [Muttafaqun Alaih]





Dalam hadith yang lain pula, Ibn Abbas RA berkata, bahawasanya Ummu Jamil (isteri Abu Lahab) telah berkata, "Malaikat dan wahyu sudah tidak turun lagi. Tuhan telah memutuskan hubungan dengan dia". kemudian Ummu Jamil telah menyebarkan perkara tersebut ke khalayak ramai. Akibatnya Rasulullah SAW berasa susah hati. Lalu Allah telah menurunkan Surah Ad-Dhuha.



Ayat 1:
Maksudnya - Demi waktu Dhuha
Penjelasan :

  • Allah bersumpah dengan waktu Dhuha (waktu naik matahari)

  • Allah bersumpah pada waktu Dhuha kerana Ummu Jamil telah menyebarkan fitnahnya tentang pemberhentian wahyu pada waktu-waktu tersebut.

Ayat 2:
Maksudnya - Dan demi malam apabila telah sunyi
Penjelasan :

  • Allah bersumpah dengan waktu malam (apabila ia menjadi gelap)

  • Kerana telah bertanya wanita dalam hatith pertama tadi tentang waktu malam baginda.

Ayat 3:
Maksudnya - Tuhanmu tiada meninggalkanmu dan tiada (pula) benci padamu
Penjelasan :

  • Allah tidak sekali-kali meninggalkan Rasulullah SAW bersendirian sewaktu fitnah-fitnah terebut melanda.

  • Allah bersumpah bahawa Allah tidak meninggalkan Rasulullah SAW pada waktu Dhuha ataupun waktu malam.

  • Allah menyayangi dan menjaga baginda sejak dari dalam kandungan hinggalah pada ketika surah itu diturunkan.

Ayat 4:
Maksudnya - Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu daripada permulaan
Penjelasan :

  • Allah menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agung di dunia dan di akhirat.

Ayat 5:
Maksudnya - Dan kelak tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepadamu lalu hati kamu menjadi puas.
Penjelasan :

  • Akan diberikan kepada Rasulullah SAW (di akhirat) segala nikmat yang paling besar yakni boleh mensyafaatkan sekalian manusia dan juga sungai Al-Kautsar di dalam syurga.

Ayat 6:
Maksudnya - Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang anak yatim, lalu Dia melindungimu.
Penjelasan -

  • Allah telah mengurniakan Nabi SAW dengan ibu-ibu susuan dan orang-orang yang mendidik baginda sewaktu ibu baginda masih hidup.
  • Setelah kewafatan ibu baginda, Allah telah mengirimkan orang-orang yang menjaga Nabi Muhammad SAW sehingga dewasa. (Abdul Mutalib, Abu Talib)

Ayat 7:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai orang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk.
Penjelasan -

  • Muhammad bukanlah tergolong dalam golongan Nabi dan Rasul sehinggalah umur Baginda 40 tahun, 2 bulan, 12 hari.
  • Setelah tiba masanya, Allah melantik Muhammad Bin Abdullah sebagai seorang Rasul.
  • Ini bermakna Allah telah menaikkan darjat baginda sebagai seorang Nabi dan Rasul.

Ayat 8:
Maksudnya - Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan
Penjelasan -

  • Nabi Muhammad SAW lahir dalam keluarga yang sangat susah lalu Allah menjadikan Nabi seorang yang kaya.
  1. Dengan kurniaan Agama Islam
  2. Dengan terbentuknya sebuah Negara Islam
  3. Dengan perkahwinan baginda denag seorang saudagar yang kaya raya (Siti Khadijah).
  4. Mempunyai para sahabat yang jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan Agama Islam.
  5. Dikurniakan segala kenikmatan syurga.

Ayat 9:
Maksudnya - Adapun terhadap anak yatim maka janganlah diambil hartanya.


Ayat 10:
Maksudnya - dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah kamu mengherdiknya

Ayat 11:
Maksudnya - Dan terhadap nikmat tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur

Surah Ad-Dhuha paling afdhal dibaca ketika solat Dhuha.

Fadhilat surah Ad-Dhuha

  • Mengeratkan hubungan dengan Allah SWT
  • Mendapat kemudahan hidup
  • Dikabulkan permintaan
  • Untuk menenangkan jiwa dari kesedihan dan kekacauan.

Sunday, June 8, 2008

Punca-punca Lahirnya Golongan Jahiliyyah Arab

Bangsa Arab merupakan keturunan daripada Nabi Ibrahim A.S. melalui Nabi Ismail A.S. yang tinggal di Makkah. Bangsa ini merupakan suatu bangsa yang beribadat kepada Allah S.W.T, mengesakanNya dan taat secara bersungguh-sungguh dengan ajaran agama Nabi Ibrahim A.S. Dari Makkah, Bangsa Arab telah berkembang dengan pesat hingga ke seluruh Tanah Arab. Setelah masa berlalu (yakni setelah ratusan tahun), sedikit demi sedikit mereka mula melalaikan ajaran Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan kepada Allah S.W T. Lama kelamaan, yang tinggal dalam diri mereka hanyalah Tauhid Rububiyyah (yakni mempercayai bahawa ada tuhan yang menciptakan mereka) dan adat budaya yang boleh dikatakan berasaskan ajaran agama Nabi Ibrahim A.S.

Dalam kelalaian tersebut muncullah seorang ketua Bani Khuza'ah bernama Amr Bin Luhaiy. Dia merupakan seorang yang banyak berbuat amalan kebajikan dan bersedekah. Selain itu, dia juga berdakwah kepada orang ramai agar kembali kepada ajaran agama. Tindakannya itu amat disenangi oleh penduduk Makkah hinggakan setiap orang menyayanginya dan ingin mendampinginya. Mereka juga menganggapnya sebagai seorang 'Alim yang agung dan juga seorang wali (Saint).

Setelah beberapa lama menjadi sanjungan penduduk Makkah, dia telah berangkat ke negeri Syam. Di sana, dia telah melihat perlakuan penduduk Syam menyembah berhala. Tertarik dengan perlakuan penduduk Syam itu, dia pun membeli sebuah berhala untuk dibawa pulang ke Makkah. Ini adalah kerana dia beranggapan bahawa Syam merupakan bumi para anbiya' dan mungkin apa yang dilakukan oleh penduduk Syam itu ada kaitannya dengan ajaran para nabi di sana.

Sekembalinya Amr Bin Luhaiy ke Makkah, dia telah menggantungkan berhala yang bernama Hubul yang dibelinya di Syam itu di pintu Kaabah. Setelah itu dia telah memanggil semua penduduk Makkah dan menceritakan kepada mereka apa yang dilihatnya di Syam dan mengarahkan mereka menyembah berhala tersebut. Penduduk Makkah telah dengan rela hati menurut apa yang dikatakan oleh Amr Bin Luhaiy itu kerana selain ketiadaan ilmu, mereka juga beranggapan bahawa tidak mungkin seseorang yang berstatus wali sepertinya akan melakukan kesilapan apatah lagi menipu mereka.

Perlakuan penduduk Makkah ini tersebar dengan pantas ke seluruh pelusuk Hijjaz dan telah diterima dengan baik juga kerana penduduknya ketiadaan ilmu dan juga anggapan bahawa tidak mungkin penduduk Makkah - golongan penjaga Kaabah akan melakukan amalan yang mensyirikkan Allah.

Bila tiba musim haji (Haji merupakan suatu adat masyarakat arab yang lazim diamalkan), seluruh penduduk Hijjaz akan berkumpul di Makkah untuk mengerjakan tawaf di Baitullah. Masa ini digunakan sebaik-baiknya oleh Amr Bin Luhaiy untuk menyebarkan dakyahnya. Pada suatu hari, dia telah mengatakan bahawa dia telah bermimpi bahawa terdapat 3 lagi berhala tertanam di tempat-tempat berikut:-
  1. Berhala Manat berada tertanam di tepi pantai Laut Merah. (Berhampiran Jeddah pada masa sekarang)
  2. Berhala Lat berada di atas gunung di Ta'if.
  3. Berhala Uzza berada di Zatul Irq'. (Sempadan Arab Saudi dan Iraq pada masa sekarang)

Penduduk Hijjaz telah mempercayai kata-katanya dan telah keluar untuk pergi mencari ketiga-tiga berhala tersebut. Sebenarnya, sebelum menyatakan bahawa dia telah bermimpi tentang berhala tersebut, Amr Bin Luhaiy telah terlebih dahulu menanam berhala tersebut di tempat-tempat yang telah disebutkan.

Orang-orang yang mencari berhala telah berjumpa bdengan ketiga-tiga berhala yang telah disebutkan oleh Amr Bin Luhaiy lalu membawanya pergi ke Makkah dan diletakkan di sekeliling Kaabah. Penemuan ini telah menguatkan lagi kepercayaan penduduk Hijjaz terhadap Amr Bin Luhaiy. Pada musim Haji berikutnya, orang orang yang datang untuk mengerjakan haji telah merasakan bahawa dengan adanya 4 berhala telah memudahkan urusan haji mereka. Mereka tidak perlu lagi bersesak-sesak untuk menyembah 1 berhala.

Setelah 3 musim haji berlalu, Amr Bin Luhai telah menyatakan bahawa 4 berhala tidak lagi cukup untuk menampung pertambahan pengunjung ke Makkah lalu telah mengumpulkan sumbangan dan membina 360 berhala baru untuk diletakkan di sekeliling Kaabah. (Yang kekal berada di sekeliling Kaabah sehinggalah dimusnahkan ketika Pembebasan Kota Makkah)

Setelah itu, pada musim Haji yang keenam, dia telah membuat lebih banyak berhala. Tetapi pada kali ini, berhala-berhala ini tidak diletakkan di sekeliling Kaabah sebaliknya diagih-agihkan kepada mereka yang datang untuk mengerjakan Haji. Setelah para jemaah Haji tersebut tiba di tanah air masing-masing, mereka telah membina sebuah tempat khusus untuk meletakkan berhala tersebut yang menyerupai sebuah kuil dan ditutup dengan kelambu seperti Kaabah. tempat-tempat seperti ini telah menjadi pusat penyebaran syirik yang mempercepatkan penyebaran ajaran syirik ke seluruh tanah Arab.

Selain mengamalkan syirik dengan menyembah berhala, mereka juga mengamalkan bentuk-bentuk syirik yang lain yakni melukis gambar paera nabi yang datang selepas itu dengan tujuan menjadi perantara antara mereka dengan Allah S.W.T. PAda anggapan mereka, para nabi didatangi malaikat yang menjadi perantara antara mereka antaranya dan Allah S.W.T. lalu mereka melukiskan gambar para nabi agar segala doa mereka akan dapat sampai kepada Allah melalui para nabi dan tidak akan ditolak. (Syirik Tawassul)

Monday, April 21, 2008

Bulughul Maram: Kitab Thaharah: Bab Perkara-perkara yang Membatalkan Wudhu'

Hadith ke-73

Dari Aishah R.A ia berkata: Telah datang Fatimah Binti Abi Hubaisi kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya saya seorang perempuan yang terkena penyakit Istihadhah sehingga saya menjadi tidak suci. Kerana itu, bolehkah saya meninggalkan solat?” Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak boleh, kerana itu adalah darah yang berasal dari penyakit dan bukan haid. Apabila datang haid, maka tinggalkanlah solat. Dan apabila telah selesai maka cucilah darah darimu kemudian solatlah”. [Muttafaqun Alaih]



Haid

Makna Haid pada bahasa – yang sudah rosak (berasal dari perkataan arab yang bermaksud telur tembelang).

Makna haid pada syarak – mengalir (berasal dari perkataan arab yang bermaksud wadi (sungai yang sudah kering) yang mengalir semula).

Apa penyebab haid

  • Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan sebiji telur (ovum) kedalam tiub fallopio. Telur tersebut akan bergerak ke uterus. Di sini, telur tersebut akan disenyawakan dan akan tersemat pada dinding uterus (yang telah menebal).
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, ovum tersebut akan disingkirkan oleh badan bersama dengan lapisan endometrium (lapisan dalam uterus)

Tanda-tanda darah tersebut adalah darah haid

  • Warna darah tersebut merah kehitaman
  • Darahnya cair
  • Berbau busuk

Tempoh masa haid


Para Imam dari keempat-empat hazhab telah mengeluarkan pendapat bahawa tempoh minimum haid adalah 3 hari dan tempoh maksimum haid adalah 9 hari.
Darah yang keluar selepas 9 hari adalah darah istihadhah.


Hukum-hukum untuk wanita yang berhaid.

  • Solat – wanita berhaid tidak boleh mengerjakan solat
  • Puasa– wanita berhaid tidak boleh berpuasa
  • Umrah dan Haji – wanita berhaid tidak boleh mengerjakan umrah dan haji
  • Tawaf – wanita berhaid tidak boleh mengerjakan tawaf
  • Masuk ke masjid – wanita berhaid boleh memasuki kawasan masjid tetapi tidak boleh berada di kawasan dimana solat didirikan. Ini termasuklah kawasan anjung masjid kerana tempat tersebut digunakan untuk solat pada hari Jumaat.
  • Mendengar tazkirah/ ceramah/ kuliah agama – wanita berhaid boleh mendengar/ menghadiri tazkirah/ceramah/kuliah/kelas agama.
  • Tilawah Al Quran – wanita berhaid tidak boleh membaca/tilawah Al-Quran walaupun ayat-ayat yang telah dihafal. Ini berdasarkan dalil dari Surah Al-Waaqi’ah ayat 77-79 yang bermaksud Sesungguhnya itulah Quran yang mulia, dalam kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya kecuali yang dibersihkan. - Al-Waaqi'ah 56:77-79
  • Menyentuh Al Quran – Berdasarkan dalil yang telah dinyatakan di atas, maka wanita yang berhaid tidak boleh menyentuh Al Quran samaada berlapik atau tidak berlapik.

Ibadah-ibadah yang dibolehkan ketika haid

  • Membaca doa-doa yang bersumberkan hadith-hadith Rasulullah S.A.W
  • Mengikut jamaah yang membaca doa
  • Mengaminkan bacaan doa
  • Membaca basmalah
  • Berzikir (hanya terhad kepada Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sahaja)

Istihadhah

Makna Istihadhah pada bahasa – darah yang mengalir pada kemaluan wanita

Makna Istihadhah pada syarak – lebihan daripada haid

Tanda-tanda darah tersebut adalah darah Istihadhah

  • Warna darah tersebut sangat merah
  • Darahnya pekat
  • Darah tersebut tidak berbau busuk, cuma berbau seperti darah biasa.

Cara membezakan antara darah haid dan istihadhah.


Cara yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada isteri-isteri baginda adalah dengan memenuhkan Al-Hanafiah (bath-tub) dengan air dan masuk ke dalam bath-tub tersebut. Lihatlah pada darah yang keluar. Jika darah tersebut naik ke atas maka darah tersebut adalah darah haid yang cair dan jika darah tersebut mendap ke dasar bath-tub maka darah tersebut adalah darah istihadhah yang pekat dan lebih tumpat.


Tempoh masa istihadhah


Istihadhah boleh bermula seawal hari keempat dan ia tidak mempunyai tempoh masa maksimum.

Hukum bagi orang yang beristihadhah seperti yang telah ditetapkan oleh keempat-empat mazhab.

  • Wanita beristihadhah wajib menunaikan solat dan dibenarkan melakukan ibadah-ibadah yang diharamkan ketika haid.
  • Seorang wanita yang berhaid hendaklah memeriksa keadaan dirinya bermula pada waktu maghrib pada hari ketiga datangnya haid. Ini untuk mengelakkan seseorang itu tertinggal solat akibat tidak menyedari bahawa beliau telahpun suci dari haid.

Cara bersolat ketika istihadhah

  • Cara bersolat bagi wanita beristihadhah ialah dengan melambatkan solat zohor hingga ke akhir waktu dan melakukan solat asar diawal waktu. Begitu juga dengan solat maghrib yang dilambatkan hingga ke akhir waktu dan solat isya’ di awal waktu.
  • Hendaklah mandi sebelum setiap solat
    - Mandi sekali sebelum solat Zohor + Asar
    - Mandi sekali lagi sebelum solat Maghrib + Isya’
    - Mandi sekali sebelum solat Subuh.
  • Cara mandi adalah seperti mandi hadas biasa tetapi perlu mengambil wudhu’selepas mandi.

Istihadhah membatalkan wudhu’.

Sunday, January 13, 2008

Bulughul Maram: Kitab Thaharah: Bab Wudhu: Hadith Ke-37

Dari Humran (Maula') RA, bahawasanya Uthman RA pernah meminta air wudhu' lalu ia mencuci tangannya 3 kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Kemudian ia mencuci mukanya 3 kali, kemudian tangan kanannya hingga ke siku 3 kali dan tangan kirinya seperti itu. kemudian ia menyapu kepalanya, kemudian ia mencuci kaki kanannya hingga ke buku lali 3 kali kemudian kaki kirinya seperti itu juga, kemudian ia berkata:"Saya pernah lihat Rasulullah SAW berwudhu' seperti saya ini". [Riwayat: Bukhari & Muslim]