Wednesday, October 17, 2007

Asrisme???

Siri Kuliah Dr Asri Zainul Abidin yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra, Perlis. Membincangkan tentang persoalan 'Bin' kepada mereka yang baru masuk Islam

1 of 9


2 of 9


3 of 9


4 of 9


5 of 9


6 of 9


7 of 9


8 of 9


9 of 9


Source: YouTube - xiphilia Channel

Monday, September 17, 2007

Hadith 40 - Hadith Pertama

Amirul Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Al Khattab r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang ia niatkan. Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan RAsulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin kahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ia inginkan itu.
[Bukhari dan Muslim]

Pengertian Niat

Menurut bahasa – Aqad (tujuan hati) dan Iradah (kehandak hati). Apabila adanya keua-dua komponen ini maka terjadilah sesuatu amal dan perbuatan.

Menurut Syara’ – Tergerak hati kearah suatu pekerjaan ntuk mencari kedhaan Allah dan menyatakan perasaan tunduk dan patuh kepada perintahnya. Inilah yang dikatakan ikhlas atau kejujuran dalam melaksanakan sesuatu amal.

Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia adalah berpandukan dengan niat. Niat seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan itu boleh dilihat daripada gaya perbuatannya, raut wajahnya dan juga nada suaranya apabila bercakap. Seseorang yang ikhlas dalam melakukan kerjanya akan melakukannya dengan penuh bersemangat dan tidak sekali-kali merungut akan bebanan tugasnya itu. Malah ia akan berasa bangga akan tugas yang diamanahkan kepadanya itu dan akan menyiapkannya dengan sebaik mungkin. Sebaliknya berlaku kepada mereka yang TIDAK ikhlas niatnya dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Ia akan melakukan tugasnya secara sambil lewa dan akan banyak merungut tentang tugasnya itu. Malah, ia juga akan menangguh-nagguhkan tugasan tersebut dan menyiapkannya secara ala kadar sahaja ibarat melepaskan batok di tangga.

Selain dari pengertian niat yang telah dibincangkan diatas, niat dalam hadith ini boleh juga diertikan sebagai perancangan untuk melakukan sesuatu kerja. Setiap kerja yang kita akan lakukan haruslah disertakan dengan niat untuk melakukan pekerjaan tersebut dan setiap pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi seperti yang kita niatkan. Sebagai contoh, kejayaan sesuatu pekerjaan itu adalah melalui perancangan yang rapid an niat yang bersungguh-sungguh untuk menjayakannya. Pekerjaan yang kita lakukan itu akan gagal jika kita tidak merancang terlebih dahuhu dan apabila kita gagal merancang beerti kita tidak berniat untuk menjayakannya.

Sunday, September 9, 2007

MARHABAN YA RAMADHAN



Insyaalah bulan yang dinanti-nanti akan tiba dalm dua tiga hari lagi...
Alhamdulillah kerana dapat bertemu lagi di bulan yang mulia ini...

bulan yang

di awalnya rahmat,

pertengahannya keampunan daripada dosa,

dan diakhirnya perlepasan dari azab seksa api neraka..


Bagi sesiapa yang ingin melahukan perubahan pada diri mereka,
Inilah masanya...
masa inilah anda boleh berhenti merokok, menurunkan berat badan (seperti gambar diatas) dan juga melakukan perubahan-perubahan yang lain ke arah kebaikan.


Pada bulan ini juga, perbanyakkanlah membaca Al-Quran, berzikir, bersolat sunat, bersedekah, dan berbuat baik sesama manusia. Niatkanlah juga segala pekerjaan kerana Allah S.W.T kerana sesungguhnya segala pekerjaan yang baik itu dalah amal dan pada bulan Ramadhan ini, amal kita digandakan pahalanya. Bukankah itu sangat menguntungkan?

Akhir sekali, saya ingin berpesan pada diri anda dan juga diri saya sendiri agar merebut sebanyak-banyak peluang pada Bulan Pesta Pahala ini dan juga insyaallah mendapat The Ultimate Pleasure pada bulan ini iaitu Malam Laylat-Al-Qadr.

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Tuesday, September 4, 2007

Salam Perkenalan

Alhamdulillah... setelah berbulan bulan melawan perasaan malas dan segala yang negatif dalam diri ini, akhirnya terhasil jua blog ini. Insyaallah pada blog ini saya akan isikan dengan santapan minda dan rohani buat pembaca sekalian...

Peace Always...