Monday, April 21, 2008

Bulughul Maram: Kitab Thaharah: Bab Perkara-perkara yang Membatalkan Wudhu'

Hadith ke-73

Dari Aishah R.A ia berkata: Telah datang Fatimah Binti Abi Hubaisi kepada Rasulullah S.A.W lalu bertanya, “Ya Rasulullah, sesungguhnya saya seorang perempuan yang terkena penyakit Istihadhah sehingga saya menjadi tidak suci. Kerana itu, bolehkah saya meninggalkan solat?” Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Tidak boleh, kerana itu adalah darah yang berasal dari penyakit dan bukan haid. Apabila datang haid, maka tinggalkanlah solat. Dan apabila telah selesai maka cucilah darah darimu kemudian solatlah”. [Muttafaqun Alaih]



Haid

Makna Haid pada bahasa – yang sudah rosak (berasal dari perkataan arab yang bermaksud telur tembelang).

Makna haid pada syarak – mengalir (berasal dari perkataan arab yang bermaksud wadi (sungai yang sudah kering) yang mengalir semula).

Apa penyebab haid

  • Setiap bulan, ovari akan mengeluarkan sebiji telur (ovum) kedalam tiub fallopio. Telur tersebut akan bergerak ke uterus. Di sini, telur tersebut akan disenyawakan dan akan tersemat pada dinding uterus (yang telah menebal).
  • Jika persenyawaan tidak berlaku, ovum tersebut akan disingkirkan oleh badan bersama dengan lapisan endometrium (lapisan dalam uterus)

Tanda-tanda darah tersebut adalah darah haid

  • Warna darah tersebut merah kehitaman
  • Darahnya cair
  • Berbau busuk

Tempoh masa haid


Para Imam dari keempat-empat hazhab telah mengeluarkan pendapat bahawa tempoh minimum haid adalah 3 hari dan tempoh maksimum haid adalah 9 hari.
Darah yang keluar selepas 9 hari adalah darah istihadhah.


Hukum-hukum untuk wanita yang berhaid.

  • Solat – wanita berhaid tidak boleh mengerjakan solat
  • Puasa– wanita berhaid tidak boleh berpuasa
  • Umrah dan Haji – wanita berhaid tidak boleh mengerjakan umrah dan haji
  • Tawaf – wanita berhaid tidak boleh mengerjakan tawaf
  • Masuk ke masjid – wanita berhaid boleh memasuki kawasan masjid tetapi tidak boleh berada di kawasan dimana solat didirikan. Ini termasuklah kawasan anjung masjid kerana tempat tersebut digunakan untuk solat pada hari Jumaat.
  • Mendengar tazkirah/ ceramah/ kuliah agama – wanita berhaid boleh mendengar/ menghadiri tazkirah/ceramah/kuliah/kelas agama.
  • Tilawah Al Quran – wanita berhaid tidak boleh membaca/tilawah Al-Quran walaupun ayat-ayat yang telah dihafal. Ini berdasarkan dalil dari Surah Al-Waaqi’ah ayat 77-79 yang bermaksud Sesungguhnya itulah Quran yang mulia, dalam kitab yang terpelihara, tidak menyentuhnya kecuali yang dibersihkan. - Al-Waaqi'ah 56:77-79
  • Menyentuh Al Quran – Berdasarkan dalil yang telah dinyatakan di atas, maka wanita yang berhaid tidak boleh menyentuh Al Quran samaada berlapik atau tidak berlapik.

Ibadah-ibadah yang dibolehkan ketika haid

  • Membaca doa-doa yang bersumberkan hadith-hadith Rasulullah S.A.W
  • Mengikut jamaah yang membaca doa
  • Mengaminkan bacaan doa
  • Membaca basmalah
  • Berzikir (hanya terhad kepada Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakbar sahaja)

Istihadhah

Makna Istihadhah pada bahasa – darah yang mengalir pada kemaluan wanita

Makna Istihadhah pada syarak – lebihan daripada haid

Tanda-tanda darah tersebut adalah darah Istihadhah

  • Warna darah tersebut sangat merah
  • Darahnya pekat
  • Darah tersebut tidak berbau busuk, cuma berbau seperti darah biasa.

Cara membezakan antara darah haid dan istihadhah.


Cara yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W kepada isteri-isteri baginda adalah dengan memenuhkan Al-Hanafiah (bath-tub) dengan air dan masuk ke dalam bath-tub tersebut. Lihatlah pada darah yang keluar. Jika darah tersebut naik ke atas maka darah tersebut adalah darah haid yang cair dan jika darah tersebut mendap ke dasar bath-tub maka darah tersebut adalah darah istihadhah yang pekat dan lebih tumpat.


Tempoh masa istihadhah


Istihadhah boleh bermula seawal hari keempat dan ia tidak mempunyai tempoh masa maksimum.

Hukum bagi orang yang beristihadhah seperti yang telah ditetapkan oleh keempat-empat mazhab.

  • Wanita beristihadhah wajib menunaikan solat dan dibenarkan melakukan ibadah-ibadah yang diharamkan ketika haid.
  • Seorang wanita yang berhaid hendaklah memeriksa keadaan dirinya bermula pada waktu maghrib pada hari ketiga datangnya haid. Ini untuk mengelakkan seseorang itu tertinggal solat akibat tidak menyedari bahawa beliau telahpun suci dari haid.

Cara bersolat ketika istihadhah

  • Cara bersolat bagi wanita beristihadhah ialah dengan melambatkan solat zohor hingga ke akhir waktu dan melakukan solat asar diawal waktu. Begitu juga dengan solat maghrib yang dilambatkan hingga ke akhir waktu dan solat isya’ di awal waktu.
  • Hendaklah mandi sebelum setiap solat
    - Mandi sekali sebelum solat Zohor + Asar
    - Mandi sekali lagi sebelum solat Maghrib + Isya’
    - Mandi sekali sebelum solat Subuh.
  • Cara mandi adalah seperti mandi hadas biasa tetapi perlu mengambil wudhu’selepas mandi.

Istihadhah membatalkan wudhu’.